Info

Falsafah Pendidikan
Al Baghdadi

Pendidikan Al-Quran Prasekolah Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan di samping kecemerlangan dalam bidang akademik. 

Matlamat Dasar

Matlamat Tadika Al Baghdadi bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Latar Belakang

Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Al Baghdadi Method Sdn Bhd telah mempunyai 639 pusat pembelajaran al-Quran Teknik Al Baghdadi atau Al Baghdadi Learning Centre (ALC) diseluruh Malaysia dan menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records bagi kategori The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia dalam tempoh 19 bulan. 

Wujud keperluan Al Baghdadi memperkenalkan Pusat Perkembangan Potensi Kanak-kanak al-Quran pertama di Malaysia yang berkonsepkan al-Quran sepenuhnya dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi sebagai asas kepada pembelajaran di pusat tersebut yang dikenali sebagai Al Baghdadi Playtime Centre (APC). APC juga bertindak sebagai Pusat Tuisyen al-Quran bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. 

Objektif

Teras Pembelajaran

Modul Utama

Modul Akademik

playtime centre