Info
Falsafah Pendidikan
Al Baghdadi
Pendidikan Al-Quran Prasekolah Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan di samping kecemerlangan dalam bidang akademik.
Matlamat Dasar
Matlamat Tadika Al Baghdadi bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Latar Belakang
Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Al Baghdadi Method Sdn Bhd telah mempunyai 639 pusat pembelajaran al-Quran Teknik Al Baghdadi atau Al Baghdadi Learning Centre (ALC) diseluruh Malaysia dan menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records bagi kategori The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia dalam tempoh 19 bulan.
Wujud keperluan Al Baghdadi memperkenalkan Pusat Perkembangan Potensi Kanak-kanak al-Quran pertama di Malaysia yang berkonsepkan al-Quran sepenuhnya dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi sebagai asas kepada pembelajaran di pusat tersebut yang dikenali sebagai Al Baghdadi Playtime Centre (APC). APC juga bertindak sebagai Pusat Tuisyen al-Quran bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.
Objektif
Mewujudkan pusat perkembangan potensi kanak-kanak berteraskan pendidikan al-Quran.
Membentuk perkembangan potensi minda dan intelektual kanak-kanak.
Membentuk
perkembangan sosial
dan perhubungan.
Membekalkan
kanak-kanak asas
ilmu al-Quran.
Mendidik kanak-kanak
menghafaz surah-surah
Al-Quran.
Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan Al-Quran di dalam kehidupan.
Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dan bahasa Inggeris serta Arab sebagai bahasa antarabangsa.
Mengamalkan saranan
Al-Quran di dalam kehidupan seharian.
Teras Pembelajaran
Modul Utama
- Pembelajaran Al-Quran
- Asas Hafazan
Modul Akademik
- Berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
- Pendekatan Pembelajaran CPA